Followers

Thursday, April 5, 2012

Kuih Tradisi - Kuih Siput (No Stock)


kuih tradisi melayu- kuih siput



Kuih siput antara kuih tradisi yang paling malas nak buat.. nak makan nya senang..
nak buat nya leceh.. kene duduk situ sampai ber jam-jam. Mudah je..cuma perlu gentel kan je..
tapi.. nak siapkan nya..sakit satu badan.

sekarang ni.. ada juga cara moden..guna mesen.. tapi setakat mesen pembancuh je.. kalau bancuh banyak ..memang patut guna mesen..kalau tak..seliuh tangan tu nak gaul tepung.
ada juga mesen pengentel ciptaan dr zulkifli.. pencipta melayu yang agak terkenal juga tu..
tapi saiz dia yang besar..kemudian tak berepa praktikal juga saya tengok..pasal dia tak boleh gentel pun. dia cuma mampu potong kecil dan nipiskan je, kemudian kita kene guna tangan kita juga untuk gentel kan dia..harga mesin pulak boleh tahan.

kuih siput saya ni dibuat 100% cara traditional.., macam kita buat masa nak sambut raya. memang penat.., tapi bila tengok kuih laris je terjual..kemudian dapat pujian pulak..hilang penat tu.

sengaja pilih kuih ni..pertama sebab..suka kuih ni makan petang-petang. kedua pasal memang payah nak cari kuih ni kalau bukan time raya. ada juga yang jual dalam intenet macam ni..
tapi selera kita tak sama, ada komen sedap, ada komen tak sedap. kalau buat sendiri..dah konfem sedap ikut selera orang yang buat tu la..haha

antara komplen biasa baca dalam intenet tu, biasanya kuih siput tu keras sangat sampai nak patah gigi kalau gigit. ada yang lembut sangat sampai tak sempat nak kunyah, terus cair dalam mulut. ada yang tawar , manis, ada yg masin.. (kalau ikut selera saya ..saya suka masin).

dah lama juga wife saya buat kuih ni.. jual kat sekolah. cepat je habis.. itu pasal buat sikit..tak larat nak buat banyak.. lagi pun..nak maintain kualiti.., tak boleh buat banyak.. kene buat sikit sikit sambil bersantai depan tv., tak mau "pressure" sangat buat kuih ni.. kene relek dan besantai..haha

kuih yang ni di jamin tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. macam keropok..budak budak suka ni. nak dapat adunan yang macam ni pun banyak kali kene "trial". banyak buat silap bancuhan. akhirnya dapat juga buat adunan yang baik.

resepi kuih siput

bahan kuih siput yang ini adalah

1. tepung gandum
2. minyak masak
3. air masak
4. ikan bilis
5. jintan manis
6. lada kering
7. bawang putih dan merah


tepung yang siap diadun bersama semua bahanya.

secara jujur nya itu sajalah bahan yang digunakan untuk diadun jadi kuih siput ni.
ada juga orang yang campurkan telur, majerin, udang kering..dan macam lagi.. itu resipi dia orang la.. tapi kuih siput yang ini.. macam tu jelah bahan nya.


gulung tepung cara tradisi


tepung yang siap di gentel ber bentuk siput
pro punya gentel, saiz semua hampir sama, takde yang terbuka gulungnya


dah siap goreng "tos" kan minyak nya


kene biar dulu supaya dia betul kering..dan sejuk, kalau terus simpan dalam
bekas masa masih panas, dia jadi lemau.


dah sejuk, boleh la packing macam ni.
yang letak kat kedai dan kat sekolah tu jenis yang paket kecik
tu..
1 bungkus = rm seringgit


botol ni isi sampai 1 kilo. satu kilo timbang sekali dgn botol.
yang tulis dekat timbang digital tu EE. itu dah lebih 1 kilo la tu..
sebab timbang ni..kapasiti dia 999.9 gram je.. 1 kilo la tu.

harga botol besar 1 kilo ++= rm 19.00



yang botol kecil sikit ni sepatutnya 500 gram je.
tapi boleh muat lebih..bubuh je la selagi boleh.

harga botol kecil 500 gram ++ =rm 10.00

kalau berminat nak oder boleh la untuk makan sendiri atau untuk raya.
kalau nak oder besar-besaran untuk buat bisnes, tak mampu la nak buat..haha

MAKLUMAN !!!
HARGA PROMOSI TELAH BERAKHIR.

HARGA SEKARANG
1 KILO = RM 23
1/2 KILO = RM12

untuk tempahan sila hubungi:

aidilkl@yahoo.com.sg
Tel: 019 3209145

16 comments:

  1. dulu zaman kecil2 slalu tolong buat kuih siput..
    suka makan juga..
    eheheee

    ReplyDelete
  2. haha.. sekarang..sapa kat sini yang rajin buat sendiri kuih ni...

    ReplyDelete
  3. awww ~ suka ! suka ! minat gila ngan kuih siput nie ! aih ! rindu la nk mkn ! :))

    ReplyDelete
  4. tunggu raya la..baru dapat rasa...hehe

    ReplyDelete
  5. tempahan pertama dari website ni.. 2 botol besar.. oleh salah seorang follower kat sini.. terima kasih ya.. lepas makan tu nanti..komen la apa yang patut kat sini.. sedap ke..tak sedap ke..cakap je.. apa yang boleh di baiki..kita baiki.. maklum lahh selera tak sama..saya selera selatan..hehe

    ReplyDelete
  6. kuih siput.. memang sedap... resepi dah bagi tapi sukatannya takder.. hehe.. nak membuatnya agak leceh.. tapi lagi leceh buat popia mini..

    ReplyDelete
  7. en megat..saja letak ramuan je..sukatan tak boleh kasi...haha..puas cuba buat sampai dapat sukatan yang betul..haha..

    ReplyDelete
  8. betul.!!
    memang senang kite gentel jee..
    tapi nak tunggu dia siap gentel..!
    makk aiii,saket tulang belakang nakk..

    ReplyDelete
  9. makanan yg enak nih... blog ini sudah saya folow ditunggu juga folow back
    oke thank

    ReplyDelete
  10. betul tu Eiqa..nak senang oder je..haha

    Penyuluh Perikanan: sudah folww.. thanks sudi singgah ya..

    ReplyDelete
  11. As salam..nak bgtau sya ada menjual mesin wat kuih siput nie...dr dough sampai keluar sebiji sebiji.. X yah nak gentel2 lg.. Minat leh tepon/sms sya..0192932190..

    ReplyDelete
  12. wah...bagus tu.. mudah keje.. info yang bagus...

    ReplyDelete
  13. tapi yg guna tangan lagi sedap rasanya...kalau dah guna mesin hilang la 'tradisi'nya. betul kan...

    ReplyDelete